top


Home Artikel Kesan Negatif ICT - Cabaran dan Peluang
Kesan Negatif ICT - Cabaran dan Peluang PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 25 November 2008 09:56

Zaman kanak-kanak tahun 80an ternyata amat berbeza dengan dengan zaman kanak-kanak tahun 2000. Jikalau dulu; komputer yang dikenal hanyalah "calculator" kini calculator tidak lebih dari alat bantuan mengira yang tidak memberi "gah" kepada yang menggunakannya; kini ada alat yang lebih canggih dari itu. Jikalau dulu; sewaktu usia 20an baru tahu istilah dan terkial-kial menggunakankan "double klik" dan "click and drag"; kini kanak-kanak berumur 4 tahun sudah boleh melakukan "double click" dan "click and drag".

Perubahan teknologi telah membawa kepada perubahan gaya hidup. Kini dunia dirasakan semakin sempit kerana apa yang berlaku di hujung dunia sana; hujung dunia disini telah mendapat tahu dalam beberapa saat sahaja. Manusia juga semakin mudah dikesan; dimana pernah sekali sewaktu menghadiri satu kursus; sewaktu jurulatih mengajar didepan; peserta kursus membuat carian di Google menggunakan katakunci nama pengajar; dan apa yang keluar amat menakjubkan. Secara serta-merta peserta tahu siapa dia; dimana dia pernah belajar; dimana beliau pernah bekerja; apa kegemaran beliau; apa nama samaran beliau; dan siapa rakan-rakan beliau. Agak menakutkan apabila difikir-fikirkan.

Teknologi ICT sememangnya memberi cabaran kepada kita; tetapi pada masa yang sama juga memberi ruang kepada peluang.

Cabaran kepada masyarakat adalah dengan adanya ICT; banyak perkara-perkara negatif berlaku terutamanya kepada golongan muda yang gemar mencuba. Sebagai contoh; gabungan laman web dan telefon berkamera telah mewujudkan banyak laman web perkongsian video yang dijadikan ruang untuk memaparkan aksi-aksi lucah. Kewujudan laman web ini tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan mengikut tinjauan sebuah akhbar perdana; ianya amat sukar dibendung kerana masalah perundangan. Ianya tidak hanya terhad kepada golongan pelajar sekolah; remaja; malah golongan tua juga terlibat seperti yang berlaku di Negeri sembilan.

Selain itu; kemwujudlan laman web yang mempunyai ciri-ciri interaktif seperti forum; telah juga mewujudkan ruang untuk ahli forum berbincang aspek yang negatif seperti lokai-lokasi yang menyediakan khidmat seks dan lokasi untuk mendapatkan pelacur di seluruh dunia; termasuklah Malaysia dalam konteks sebuah negara. Sebenarnya ia adalah lebih teperinci lagi sehinggakan lokasi pelacuran sebuah bandar seperti Pucong dan Senawang juga dibincangkan.

Sebagai ibu bapa; perbincangan dengan guru disiplin sekolah yang banyak terlibat dalam menangani gejala-gejala sosial di sekolah; cabaran-cabaran seperti di atas ini amat membimbangkan dan menuntut pengorbanan yang lebih besar.


Walaubagaimanapun; terdapat peluang yang wujud daripada masalah dan cabaran ini terutama kepada pihak berkuasa. Untuk menangani masalah penyebaran video lucah di internet; apakah pihak berkuasa tidak boleh mengesan mereka-mereka yang terlibat? Kalau penjenayah boleh di kesan melalui lakaran foto; apakah mereka-mereka yang terlibat dalam merakam video lucah dan perlakuan ini tersebar ke internet tidak boleh dikesan? Kebanyakan video klip tersebut dengan jelas menunjukkan muka yang terlibat dan tidak lagi memerlukan lakaran foto.  Membaca berita dibawah yang bertajuk "Chinese Internet porn sensation detained by police"; jika di China; tangkapan boleh dilakukan; mengapa tidak ianya berlaku di Malaysia?

Kewujudan laman web yang menyediakan forum untuk mendapatkan perkhidmatan seks dan pelacuran seharusnya menjadi peluang kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti lokasi-lokasi aktiviti tidak bermoral ini. Dalam forum-forum ini; kadangkala dibincangkan secara terperinci pengalaman-pengalaman mereka yang mendapatkan khidmat seks tersebut seperti di hotel mana; tingkat berapa; lif mana digunakan dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini amat bermakna untuk pihak berkuasa melakukan intipan; siasatan dan mengambil tindakan untuk membenteras gejala tidak sihat ini.

Tindakan lebih berkesan sememangnya amat diharapkan daripada pihak berkuasa untuk membendung gejala ini demi kelansungan generasi muda; untuk melahirkan rakyat yang sihat mental dan fizika; untuk menjaga keturunan anak Adam di mukabumi ini. Kita khuatir; jika gejala ini tidak dibendung; generasi masa depan akan lebih rosak dan pada waktu itu; mungkin bukan setakat saringan HIV; mungkin juga saringan polis dan khidmat penyiasat persendirian diperlukan sebelum memulakan kehidupan berkeluarga.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Chinese Internet porn sensation detained by police

Sun 21 Dec 2008, 23:01 GMT
[-] Text [+]

SHANGHAI (Reuters) - A Chinese woman who became an online sensation after posting a homemade pornographic film of herself on the Internet has been detained in Shanghai, according to state media.

The 12-minute-video showed the woman, surnamed Huang, performing "sex acts," the official China Daily said in its weekend edition, without elaborating.

"It soon became one of the most popular downloads on the mainland, with thousands of people downloading it last month," the report cited the local police as saying in a statement.

The woman set up a blog, hoping to profit from her notoriety and sell interviews with herself for up to 30,000 yuan (2,924 pounds) a time, the newspaper said.

Despite the police's best efforts, the video is still available online, it added, without saying what penalty the woman may have to pay.

Pornography is illegal in China, although it is widely available on pirated DVDs throughout the country, and on the Internet.

($1=6.844 Yuan)

(Writing by Ben Blanchard; Editing by David Fox)

http://africa.reuters.com/odd/news/usnTRE4BK0BH.html

 

Comments
Search
Only registered users can write comments!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated on Wednesday, 31 December 2008 06:00
 
Anda ada komen/cadangan/maklumbalas yang hendak disampaikan kepada PERTADI?. Nyatakan disini.
 

bottom

Copyright © 2008 Pertadi.